Sila Klik Sini Ya

Sunday 20 May 2018

Hampir Setahun... Perkara Yang Amat Sayu Tahun ini....

...Assalamualaikum...

Hampir setahun tak update blog...


Pertama-tama sekali...
Hari ni merupakan hari lahir Papa yang ke-65..
Tapi apa kan daya...
Tiada rezeki keluarga zery nak sambut dengan papa...
Papa secara tiba-tiba pergi meninggal kan kami
dalam keadaan yang sangat mengejut...

Tanggal 6 Februari 2018 pukul 12.50tghari
zery terima panggilan
dari adik bongsu menyatakan papa rebah
jadi zery pun inform mama kami pun bergegas balik
saat tiba di rumah 
ambulan pun dah bawa papa ke hospital pulau pinang
kami terus ke hospital
zery turun kan mama dan adik perempuan di wad kecemasan
zery parking kereta di parking bertingkat
sesampai saja dekat wad kecemasan
terus masuk dan cari mama

sampai di zon merah zery nampak mama diam saja
bila tanya papa macam mana
mama jawab Papa dah tak dak
terasa dunia gelap dan berpusing
untuk menerima hakikat tu agak payah
kerana pagi sebelum papa rebah
kami sempat bersembang

masuk saja zon merah
doc klasifikasikan papa kena serangan jantung
dan papa meninggal pukul 1.54 tengahari
kami mula mnguruskan jenazah papa secepat mungkin
selepas isyak papa dikebumikan
Alhamdulillah kami menyegerakan urusan pengebumian...

Terima kasih kepada saudara-mara yang banyak
membantu semasa ururan jenazah...

terasa rumah semakin sunyi
semua berada dalam keadaan terkejut dan hiba

sempena hari kelahiran papa hari ni
21 Mei 2018 (tanggal 5 Ramadhan 1439)
zery nak ucap..

Selamat Ulang Tahun Kelahiran PAPA....  
Semoga papa ditempatkan dikalangan orang-orang beriman.... 
dan dikalangan orang-orang yang soleh...
semoga di jauhkan dari siksa kubur dan siksaan api neraka...
semoga diluaskan kubur...
diterangkan kubur...

al fatihah.... 
kakak sayang papa... ❤❤❤


Tenang la Papa Disana
InsyaAlah nama papa sentiasa ada dalam doa kakak
BASRI BIN MASTAN
1953 - 2018

Buat semua pembaca..
Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak...

...Assalamualaikum...


No comments:

Post a Comment

Kepada Readers yang dikasihi...

Sudi-sudi lah komen...
InsyaAllah saya akan balas balik dan jejak blog anda
Terima kasih banyak-banyak

Sila klik Kat Sini ya