Sila Klik Sini Ya

Monday 26 March 2012

tentang novel.....Love U Mr.Arrgoant!

Salam...


Novel terbaru dari karya seni...
alhamdulillah sya antara 200 org yg dapat tandatangan penulis
Aliesha Kirana...




sedikit review dr cerita ni
Zaara Amirah punya impian yang sama seperti impian tipikal gadis biasa, iaitu membina rumah tangga yang bahagia bersama insan yang dicintainya. Namun impiannya musnah sebaik saja dia terjerat di dalam perangkap lamaran paksa dari seorang jejaka yang asing dalam hidupnya, Zafriel Irham. Dek kerana ingin terlepas dari genggaman Sherry, menantu ...pilihan ibunya, Zafriel Irham memaksa Zaara Amirah menjadi isterinya dengan menjadikan sebuah janji sebagai modal.

"Itu harga yang kau perlu bayar sebab tak kotakan janji. Sekarang jangan banyak cakap, kahwin dengan aku. Titik." – Zafriel Irham

Demi sebuah janji, Zaara Amirah reda menerima kehendak Ilahi. Biarpun tiada cinta, Zaara Amirah rela demi menjaga maruah diri dan keluarganya dari dipijak-pijak jejaka bongkak itu sewenang-wenangnya. Namun Zaara Amirah tidak menyangka, keputusannya itu membuatkan hidupnya kacau-bilau melayan karenah Zafriel Irham yang berhati kering dan tinggi egonya.

"Apa? Atas lantai ni?"

"Kat mana-mana saja yang kau suka. Tapi bukan atas katil mahal aku ni. Buat kotor saja."

"Kotor? Awak yang nak kahwin dengan saya kan, lepas tu awak cakap saya kotor pulak? Kalau awak tahu saya kotor, buat apa awak kahwin dengan saya? Awak fikir tak perasaan saya bila awak paksa saya kahwin dengan awak dulu? Awak fikir pasal diri awak saja, kan? Pasal saya ni awak tak fikir langsung. Awak ni memang tak guna!"

Berhadapan pula dengan Puan Sri Maryam, ibu mertuanya dan Sherry yang membenci dirinya, hidup Zaara Amirah tidak lagi aman. Kehadiran Hadry Hakimi, sepupu Zafriel Irham yang cuba merapatinya, mengeruhkan lagi keadaan.
Keadaan bertambah parah apabila tanpa sedar, dia telah jatuh hati pada suaminya biarpun dia tidak dilayan seperti seorang wanita yang bergelar isteri.

"Aduhh! Kenapa dengan aku ni? Kenapa aku rasa rindu sangat ni? Macam orang gila bayang saja lagaknya ni. Padahal baru beberapa jam dia pergi. Takkanlah aku dah jatuh hati dengan mamat berlagak tu? Aduhh… tapi..." – Zaara Amirah

Adakah kebahagiaan akan menjenguk hidup Zaara Amirah apabila dia sudah jatuh hati pada jejaka bongkak itu? Atau menunggu balasan jejaka itu ibarat bulan pada waktu malam menanti matahari menjelma pada waktu siang? Zaara Amirah terus menanti...

saya ambil dari Fb kelab peminat novel






so saya nak komen ckit la novel ni...

watak utama ZAFRIEL IRHAM <3 ZAARA AMIRAH..ada watak mmber baik Zaara Farizah (Fiz) dan watak yg mngacau daun HADRY HILMI... Zaara Amirah seorg yg sederhana...hidup pun biasa2 ja....byk beralah... Irham Zafriel ank org kaya...sorg yg hensem..dan so arrogant...hehehe.. biasa la sifat lelaki kan ego msti tggi... Saya bg novel ni 9/10 bintang... sbb ini ada lah baby pertama penulis...so macam ni kira bagus la kan.. rsa mcm dh byk buku beliau tulis... tahniah aliesha kirana


cerita ni mmg dari mula sampai abis si hero Irham tu hati kering ja...
cara dia bercakap plak kasar..tp dlam hati sebenarnya ada tman bunga... hehehe
cuma satu je saya rsa perlu diperbaiki... klau boleh watak Irham tu jd romantik ckit la cara percakapan dia..sbb dekat nk abis pun still aku/kau dgn Zaara...so nmpk x brapa romantik...tp jalan crite mmg terbaik la...

semoga aliesha kirana senantiasa sukses...novel ni jd best seller... amin...

sekian wasalam...=)

<3 zairi <3

Kepada Readers yang dikasihi...

Sudi-sudi lah komen...
InsyaAllah saya akan balas balik dan jejak blog anda
Terima kasih banyak-banyak

Sila klik Kat Sini ya