Sila Klik Sini Ya

Tuesday 27 January 2015

RESEPI Puding Roti Berkuah Kastard

..Assalamualaikum..


Haaaaa terliur tak tengok...
Minggu lepas hari Ahad..zery cheat diet Atkins..
lama rasanya x makan sedap kan...
maka zery pun langgar la pantang... dah alang-alang boleh makan..
zery pun cuba la resepi Puding Roti ni...
highly recommended... Sedap.. tak manis sangat... 
sebab Guna 6 sudu besar gula sahaja...
lepas tu bahan plak senang ja nak jumpa dan murah lak tu..
paling penting buat sendiri lebih terasa kasih sayangnya...
jom kita tengok bahan-bahan dia...


Resepi Puding Roti dan Kuah Kastard
Sumber dari blog (byk info zery dpt...tq ya smua..)

8 keping roti gardenia
2 cawan susu segar
4 sudu besar gula halus
2 biji telur - buang pusat
2 sudu teh essen vanila
2 sudu marjerin/planta/butter - cairkan
kismis (optional)

Cara-cara

pre heat oven 10 minit suhu 180degree
koyak-koyak kan roti 
panaskan susu dan gula...biar gula larut.. jangan lama-lama ya..gula dah larut trus tutup api.. 
satukan susu dan roti.. rendam kan roti..
dalam bekas lain... pukul telur + planta cair + essen vanila ... 
pukul manja-manja saja ok....guna garfu ja...
lepas tu satukan dalam adunan roti yang kita rendam tadi... 
masukan kismis...griskan loyang dgn butter/minyak ..
tuang adunan dalam loyang..
bakar  selama 45minit atau sampai masak....
adunan akan naik tinggi... tp lepas ja kita kluarkan dari oven dia kempis..
normal na.. jangan reyau lak bila dia kempis tetiba...

Sementara tunggu puding roti ni masak kita prepare untuk kastard

 Resepi Kastard

1 Tin susu cair @ 1 1/2 cawan Susu segar
2 sudu besar tepung kastard
2 sudu besar gula halus
100ml air atau 1/4 tin susu cair
1 sudu teh essen vanila

Cara-cara
Satukan semua bahan... 
kacau bagi tepung tak berketul..
baru masak atas api yang perlahan...
sentiasa kacau ya... klau tak nanti jd berketul...
agak-agak dah likat tutup api biar sejuk..
kastard ni kalau sejuk jd likat sikit...
so pndai-pandai la adjust..
klau nak hangatkan.. just msukan cikit air...

potong puding roti...lepas tu tuang la kuah kastard...
jadi la... =)

ni masa tengah masak... naik tinggi ja...

 ni sebelum sauna.. tggu oven panas jap...



Ni posing lepas hias....

Selamat Mencuba

Assalamualaikum...










No comments:

Post a Comment

Kepada Readers yang dikasihi...

Sudi-sudi lah komen...
InsyaAllah saya akan balas balik dan jejak blog anda
Terima kasih banyak-banyak

Sila klik Kat Sini ya