Sila Klik Sini Ya

Monday 19 January 2015

Perginya Seorang Teman Rapat.. Al-Fatihah

Assalamualaikum

AL-Fatihah buat Jeffri Bin Jaafar @ Iwan

Hari ni Zery kehilangan seorang teman Rapat 
yang zery selalu anggap dia macam adik sendiri...
perginya dia secara mendadak...
tanpa zery sempat jumpa..
Tiba-tiba hari Jumaat Zery terima wasap dari Ella
dia bg info yang Iwan tengah sakit..
masa tu ada dekat Hospital Kangar Perlis (Hospital Tuanku Fauziah)
sakit apa kami semua tak tau...
sebab selama ni Iwan tak pernah bagitau dia sakit apa..
DOC sahkan iwan menggal kerana severe pneumonia..

Hari ahad baru ni zery nak p melawat...
tp kawan yang lain kata dia nk operate... 
tp x sempat sebab dia tiba-tiba koma..
hari Isnin 19 January 2015 Doctor gtau nak stop kan mesin bantuan hayat esok..
sebab selama ni iwan hanya bergantung kat mesin tu..

hari ni 20.January.2015 pukul 10.30am zery terima call dari Ella...
menangis dia masa tu gtau Iwan dah x dak...
Iwan pergi tanpa sempat Doctor stop kan mesin..
iwan pergi tanpa sangka..

sekarang ni zery masih menungguh info dari kawan dia yang lain
sebab nak bawak blk jenazah iwan dr perlis smpai penang lepas tu dengan prosedur untuk uruskan
jenazah kat hospital mungkin ambil masa yang lama cikit..

Sedikit cerita tentang persabahabat kami..

zery dengan iwan ni satu kampung.. tapi kami mula rapat bila masing-masing aktif
boria kat kampung... dari zery tingkatan 4 lagi... sebelum tu pun kami rapat..
kerap la lepak... main rounders...main cilut-cilut...
setiap kali raya dia akan datang rumah... dan dia makan apa dia nak makan..
kadang-kadang dia pesan kek...untuk besday kawan katanya...
masa dia ambil kek... sembang lama jugak la kat umah tu...

sejak awal tahun lepas 2014.. Iwan makin kurus...
bila tanya dia jawab.. xdak apa la maklang(zery) kami(iwan) cuma makan x menentu
tiap kali zery jumpa dia mesti suruh dia makan banyak...
iwan ni 1 kampung dengan zery... kami x kluar macam teman lain... 
tp kerap jumpa bila ada kenduri kat kampung..
 kalau iwan ni tolong buat pelamin ka hias bilik pengantin..
dia pggil...maklang mai la tgk iwan buat ni...
ya...zery akan snap pic simpan buat kenangan...
Masa kenduri kahwin Ella... iwan jadi pengapit...
lepas zery datang kenduri kami berdua berkepit ja... ada ja cerita yang kami sembang...

Raya tahun lepas dia ada PM kat FB... 
dia kata x boleh datang umah zery... kami beraya dalam FB ja..
tapi dah nama rezeki kan... zery buat open house dia mai dgn Ella n husband 
lepas tu x jumpa dah iwan...
last zery jumpa Dekat pasar malam Permatang Damar Laut...
dia tegur dulu.... mcm biasa... mesti tanya..
"awat makin kurus niiii...??"
dia sempat update keja dia kat mana

Mak Iwan pun baru ja mnggal Tahun lepas dalam bulan November 2014
takziah buat keluarga Iwan... 
ini bukan dugaan anggap la rezeki yang diberi Allah swt untuk tiap hambaNya..

Tiada lagi gelak ketawa...usik mngusik... antara zery dgn iwan lepas ni...
Semoga kau tenang di sana... InsyaAllah kami semua juga akan mengikutimu
cuma masa...tarikh dan waktu sahaja menjadi rahsia..
semoga roh mu dicucuri rahmat...
kami disini akan merindui Mu sampai akhir hayat kami...

 Al-Fatihah...







No comments:

Post a Comment

Kepada Readers yang dikasihi...

Sudi-sudi lah komen...
InsyaAllah saya akan balas balik dan jejak blog anda
Terima kasih banyak-banyak

Sila klik Kat Sini ya