Sila Klik Sini Ya

Thursday 14 July 2011

Khasiat/Kelebihan buah ZAITUN..

sya lihat byk khasiat dr buah zaitun ni...tp rmai lagi yg x sedar akan kelebihan buah ini..

sya amik info dr syafrizal..credit to him..=)

jom lihat kelebihan buah zaitun..=p

sebelom tu ini la rupa buah zaitun..=)






Pernahkah anda mengamalkan salah satu pemakanan sunnah iaitu minyak zaitun? Minyak zaitun mempunyai pelbagai khasiat yang elok untuk kesihatan. Ianya diambil dari pohon Zaitun yang tumbuh merata bermula dari Iran, Syria dan Palestin sehinggalah ke seluruh Mediterranean sejak 6,000 tahun dahulu.
Minyak zaitun bukan sahaja terkenal di Eropah dan Timur Tengah malah hampir ke seluruh dunia mengamalkan minyak zaitun tidak kira di dalam masakan mahu pun penjagaan kesihatan. Bagi umat Islam minyak zaitun sudah diamalkan sejak 1400 tahun dahulu oleh Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w. dan baginda memang menganjurkan umatnya mengamalkan minyak zaitun dalam kehidupan seharian. Nabi Muhammad menggunakan minyak zaitun sebagai minyak rambut.

Pohon zaitun yang penuh berkat ini disebut di dalam Al-Quran dalam Surah At-Tin: ayat 1, Surah Al-Mukminun: ayat 20 dan Surah An-Nur: ayat 35.
“Demi (buah) tin dan (buah) zaitun.” (At-Tin: 1)
“Dan pohon kayu keluar daripada Tursina (pohon zaitun) yang menghasilkan minyak…” (Al-Mukminun: 20)
“…pohon yang banyak berkatnya, (iaitu) pohon zaitun yang tumbuh….” (An-Nur: 35).
Pohon zaitun juga disebut di dalam hadis:
”Makan minyak zaitun dan urutlah dengannya ke seluruh badan kerana ia adalah dari pohon yang suci”, diriwayatkan oleh hazrat Sayyed Al-Ansari.
”Ada minyak zaitun, makanlah, urut seluruh badan kerana ia berkesan untuk buasir”, diriwayatkan oleh hazrat Al-Qama bin Amir.
Antara khasiat minyak zaitun:
-Mengurangkan pengambilan lemak dalam diet harian
-Menghindari penyakit kardiovaskular dan arteriosclerosis
-Mengelakkan pembentukan batu hempedu (gallstone)
-Membantu penghadaman dan mengurangkan ulser perut
-Antioksidan dan antikanser
-Membantu keseimbangan metablisme tubuh, pertumbuhan tulang dan tubuh yang baik (khasnya bagi kanak-kanak)
-Membekal vitamin E yang tinggi
-Kecantikan (kulit dan rambut)
-Kestabilan asid lemak
-Membekal pelbagai vitamin untuk antipenuaan
-Kegunaan massage therapy
-Berkesan untuk bisul, ruam lampin, dan gatal-gatal

Cara penggunaan minyak zaitun:

-Campurkan 2 sudu ke dalam setiap masakan
-Sapukan ke muka bagi kecantikan wajah dan menghilangkan parut jerawat
-Ambil secara mentah sekurang-kurangnya 2 sudu makan setiap hari

1 comment:

  1. salam zairy t.k ikut blog kak.. selamat dtg ke alam blog..semoga kita mendapat byk faedah drnya.. kongsi2 ilmu..

    ReplyDelete

Kepada Readers yang dikasihi...

Sudi-sudi lah komen...
InsyaAllah saya akan balas balik dan jejak blog anda
Terima kasih banyak-banyak

Sila klik Kat Sini ya