Sila Klik Sini Ya

Sunday 18 October 2015

Resepi : Nugget Ayam untuk Diet Atkins (Homemade Chicken Nugget for Atkins)

...Assalamualaikum...

Kalau tengok carta view blog zery ni...
tajuk yang ada Diet Atkins (DA) ni paling banyak view...
alhamdulillah... walaupun tak banyak info...
tapi boleh tahu masyarakat kita nak sihat dan nampak cantik...
yang paling penting kesihatan tu...

Zery masih dalam Fasa 1..
raya baru ni makan tak ingat...
maka lemak telah menternak dengan jayanya...
maka zery reinduction balik...

tapi bukan nak cerita tentang zery ni ha...
zery nak share resepi nugget ayam...
dimana boleh makan untuk para ahli DA dari fasa 1 sampai la yang tak DA pun boleh makan...
tapi resepi ni zery tak snap step by step...
sebabnya kena masak tengahari untuk family...
banyak pula keja nak buat...
Joms..

Bahan-Bahan
Isi ayam (bahagia dada) - zery beli 3 ketul = 1.5kg...
garam secukup rasa
serbuk lada hitam - 2 - 3 sudu besar (tak nak letak pun tak pa)
telur 2 biji
daun bawang
daun sup

Cara-cara
Panaskan periuk pengukus
Bersihkan isi ayam kisar bagi halus..
masukan garam..lada hitam...
gaul rata...masukan 2 biji telur....
potong daun bawang dan daun sup(ikut suka nk potong panjang-panjang atau kecik-kecik...)
masukan dalam isi ayam..
gaul sebati...
letak dalam loyang atau tupperware yang boleh dikukus 
kukus 15-20 minit...
dah siap potong ikut besar mana yang suka...
lepas tu celup dalam telur goreng hingga kekuningan...
tos dan siap untuk dimakan...

ni ada pic yang sebelum kukus dengan selepas...

 ni sebelum kukus... zery dapat 2 loyang 10x10 inci...zery buat nipis ja..
lepas kukus isi ayam jadi mengecut...


 ni dah potong... masukan dalam tupperware.. 
senang nak simpan...
alamak pic blur la.... ni zery dh goreng celup telur... 
sebiji telur dapat banyak jugak...

Ok Selamat Mencuba...

bye..
Assalamualaikum..

kamsahamida..

No comments:

Post a Comment

Kepada Readers yang dikasihi...

Sudi-sudi lah komen...
InsyaAllah saya akan balas balik dan jejak blog anda
Terima kasih banyak-banyak

Sila klik Kat Sini ya