Assalamualaikum...
Sagu Manis @ Sagu Gula Melaka
Macam lama dah tak update blog nih...
Minggu lepas Mama teringin nak makan Sagu Manis..
aritu beli dekat astaka Bayan Baru..betul-betul belakang Market Bayan Baru..
Harga RM1.50 untuk bekas dadih kecik tu... mahal jugak la rasanya kan....
tapi teringin punya fasal kan... terus makan dalam keta lepas beli...
sebab kena makan sejuk-sejuk... baru la umphhh....
Hari sabtu pegi market cari bahan...
Mama kata senang ja buat... kos pun tak mahal...
dapat banyak plak tu..
zery tengok resepi macam sama ja dgn Kak Azlita dan Mat Gebu
tapi Zery buat ikut selera family zery la na...
Meh zery share kan resepi Sagu Manis ni
200gram Biji Sagu
Perasa sirap(warna merah)
2 liter air
300ml Santan Segar (zery ganti dengan susu segar- 1 liter)
100gram Gula Melaka(zery guna yang timbang sbb lg sedap dan pekat)
Gula Pasir (zery letak ikut kemanisan yang zery nak)
1 Cawan air
1 helai Daun pandan
Cara-Cara
-Basuh dan rendam biji sagu selama 20 minit
-Lepas tu masak biji sagu dengan 2 liter air sampai sagu jadi warna jernih. sejuk kan..
(zery letak sagu dalam bekas dadih letak separuh ja..)
-Masak gula merah + gula pasir + daun pandan dengan 1 cawan air (masak hingga larut dan tapis)
(masa ni ikut selera nak manis tahap mana...tambah gula pasir kalau nak lebih manis)
-Masak santan sekejap letak secubit garam nak bagi bangkit lemak jangan sampai pecah minyak na...
(disebabkan zery guna susu segar maka zery skip step ni just tuang susu ja nanti)
Cara hias senang ja...
amik sagu letak dalam mangkuk lepas tu tuang sikit air gula melaka...last skali santan @ susu...
pastu letak dalam peti...
makan sejuk-sejuk sangat la heaven...
zery letak ketul ais sikit...fuhhh memang sesuai tatkala cuaca panas... cuaca sejuk pun sedap...
Dalam bekas macam ni ja zery letak senang sikit nak makan...
ambil ja satu...
Ok selamat mencuba...
nak update aktiviti sepanjang awal bulan May plak
Kamsahamida...
Assalamualaikum
terliuqq....pic sagu yg bwh tu buat sendiri ya....
ReplyDelete=)
DeleteSodapnyer
ReplyDeletehaah... mmg sedap kalau mkn panas2....
DeleteNmpk sdap..nk try buatla nnti..
ReplyDeletebuat la... rasanya kalau santan lg lemak.... atau pun susu cair dalam tin tu... kalau susu segar dia cair cikit...
DeleteSy pun ada bt..memng sdp..aummm
ReplyDeletecuaca panas ni sedapnya dapat sagu ni kan...
DeleteUtk adunan 200g sagu ni, sis dpt buat berapa bekas?
ReplyDeletehi.... untuk adunan ni.... zery dapat dlm 15 bekas ja.... klau isi sikit lg byk dapat...
DeleteBoleh tahu x saiz bekas
ReplyDelete